Meletakkan Dokumen Bersaiz Besar

  1. Tarik sambungan dulang input. Tarik keluar dulang output, panjangkan sambungan dulang output dan naikkan penahan.

  2. Tarik panduan tepi pada dulang input hingga ke hujung.

  3. Letakkan Helaian Pembawa dengan gambar di bahagian depan menghadap ke atas dan letakkan dokumen dalam lembaran pembawa dengan melipatnya setengah supaya bahagian yang hendak diimbas menghadap ke luar dengan bahagian yang betul berada di depan.

  4. Muatkan Helaian Pembawa ke dalam dulang input dengan sisi bahagian atas menghadap ke dalam ADF.

    Tolak Helaian Pembawa ke dalam ADF hingga ke hujung.

  5. Tolak panduan tepi supaya rapat dengan bahagian tepi Helaian Pembawa dan pastikan tiada jarak antara Helaian Pembawa dan panduan tepi. Jika tidak, lembaran pembawa mungkin disuap dalam keadaan condong.

    Perhatian:
    • Anda perlu berhenti menggunakan Helaian Pembawa yang bercalar atau yang telah diimbas lebih daripada 3.000 kali.

    • Untuk mengimbas kedua-dua muka dan mencantumkannya, buat tetapan yang sesuai dalam tetingkap Epson Scan 2.

      Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap dengan menekan butang Tetapan Terperinci pada skrin Tetapan Imbasan.

      Pilih Dwimuka daripada Bahagian Pengimbasan dan pilih Kiri & Kanan daripada Imej Sirat dalam tetingkap Epson Scan 2. Lihat bantuan Epson Scan 2 untuk mendapatkan butiran.

    • Semasa mengimbas Helaian Pembawa dengan memilih Auto Kesan sebgai tetapan Saiz Dokumen, imej diimbas secara automatik dengan menggunakan Pencongan Kertas dalam tetapan Pencongan Dokumen Yang Betul.

    • Bahagian depan dokumen mesti diletakkan di bahagian pengikat pada Helaian Pembawa semasa mengimbas dokumen bersaiz kira-kira 297 mm panjang. Jika tidak, panjang imej yang diimbas mungkin lebih panjang daripada yang dikehendaki kerana pengimbas mengimbas hingga ke hujung Helaian Pembawa apabila anda memilih Auto Kesan sebagai tetapan Saiz Dokumen dalam tetingkap Epson Scan 2.

    • Gunakan Helaian Pembawa yang direka untuk pengimbas anda sahaja. Helaian Pembawa akan dikenali oleh pengimbas secara automatik dengan mengesan dua lubang segi empat kecil di bahagian hadapan. Pastikan lubang itu bersih dan tidak tertutup.