> Mengimbas > Mengimbas daripada Komputer > Mengimbas Menggunakan Epson Scan 2 > Tetapan yang Diperlukan untuk Dokumen Khas dalam Tetingkap Epson Scan 2

Tetapan yang Diperlukan untuk Dokumen Khas dalam Tetingkap Epson Scan 2

Anda perlu menetapkan item tertentu pada tab Tetapan Utama dalam tetingkap Epson Scan 2 semasa mengimbas dokumen khas.

Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap dengan menekan butang Tetapan Terperinci pada skrin Tetapan Imbasan.

Jenis Dokumen

Tetapan yang Diperlukan

Sampul Surat

Pilih Mati dalam Kesan Penyuap Berganda.

Kad plastik

Pilih Kad Plastik pada senarai Saiz Dokumen atau pilih Mati dalam Kesan Penyuap Berganda.

Helaian Pembawa

  • Jika anda memilih Auto Kesan daripada senarai Saiz Dokumen, kertas yang herot dalam dokumen dibetulkan secara automatik walaupun jika anda memilih Mati dalam Pencongan Dokumen Yang Betul.

  • Jika anda memilih saiz lain selain daripada Auto Kesan daripada senarai Saiz Dokumen, anda hanya boleh menggunakan Pencongan Kandungan semasa menggunakan Pencongan Dokumen Yang Betul.

    Pencongan Kertas tidak digunakan apabila fungsi ini dipilih. Apabila anda memilih Pencongan Kertas dan Kandungan, hanya kandungan yang herot dibetulkan.

Dokumen bersaiz besar

Jika saiz dokumen yang ingin diimbas tiada dalam senarai Saiz Dokumen, pilih Suaikan untuk membuat saiz secara manual pada tetingkap.

Kertas panjang

Jika saiz tidak disenaraikan pada senarai Saiz Dokumen, pilih Auto Kesan (Kertas Pjg) atau pilih Suaikan untuk membuat saiz dokumen tersuai.

Kad berlaminat

Untuk mengimbas kawasan lut sinar di sekeliling bahagian tepi, pilih Tetapan pada senarai Saiz Dokumen untuk membuka tetingkap Tetapan Saiz Dokumen. Seterusnya, pilih Imbas kad yang dilaminat dalam tetingkap.

Perhatian:

Kesan yang sesuai mungkin tidak dapat dicapai bergantung pada dokumen. Jika kawasan lut sinat di sekeliling bahagian tepi tidak diimbas, pilih Suaikan daripada senarai Saiz Dokumen dan buat saiz secara manual.