> Mengimbas > Mengimbas daripada Komputer > Mengimbas Menggunakan Epson Scan 2

Mengimbas Menggunakan Epson Scan 2

Anda boleh mengimbas dokumen menggunakan tetapan terperinci yang sesuai untuk dokumen teks.

  1. Letakkan dokumen.

  2. Mulakan Epson Scan 2.

    • Windows 10/Windows Server 2016
      Klik butang mula dan pilih EPSON > Epson Scan 2.
    • Windows 8.1/Windows 8/Windows Server 2012 R2/Windows Server 2012
      Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.
    • Windows 7/Windows Vista/Windows XP/Windows Server 2008 R2/Windows Server 2008/Windows Server 2003 R2/Windows Server 2003
      Klik butang mula dan pilih Semua Program atau Program > EPSON > Epson Scan 2 > Epson Scan 2.
    • Mac OS
      Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software > Epson Scan 2.
  3. Buat tetapan yang berikut pada tab Tetapan Utama.

    • Bahagian Pengimbasan: Pilih halaman dokumen yang hendak diimbas. Pilih Dwimuka untuk mengimbas kedua-dua belah dokumen.
    • Saiz Dokumen: Pilih saiz dokumen yang diletakkan.
    • Butang / (Orientasi asal): Pilih set orientasi dokumen yang anda letakkan. Bergantung pada saiz dokumen, item ini boleh ditetapkan secara automatik dan tidak boleh diubah.
    • Jenis Imej: Pilih warna untuk menyimpan imej yang diimbas.
    • Resolusi: Pilih resolusi.
    Perhatian:
    • ADF ditetapkan sebagai Sumber Dokumen secara automatik.

    • Pada tab Tetapan Utama, anda boleh membuat tetapan berikut.

      • Imej Sirat: Pilih untuk mencantumkan imej di sebelah depan dan belakang semasa mengimbas kedua-dua belah dokumen.

      • Putar: Pilih untuk memutarkan dokumen mengikut arah jam dan mengimbasnya.

      • Pencongan Dokumen Yang Betul: Pilih untuk membetulkan dokumen yang senget.

      • Tambah atau edit slps imbas: Pilih untuk menambahkan dokumen lain atau mengedit (putar, alih dan padam) halaman yang diimbas selepas mengimbas.

      • Langkau Halaman Kosong: Pilih untuk melangkau halaman kosong jika ada dalam dokumen.

      • Kesan Penyuap Berganda: Pilih untuk memaparkan amaran apabila beberapa dokumen disuap pada masa yang sama.

  4. Buat tetapan imbasan lain jika perlu.

    • Anda boleh pratonton imej muka pertama daripada halaman dokumen pertama yang diimbas. Muatkan halaman pertama dokumen anda sahaja ke dalam dulang input dan klik butang Pratonton. Tetingkap pratonton dibuka, imej yang dipratonton dipaparkan dan halaman ditolak keluar daripada pengimbas.
      Gantikan halaman yang ditolak keluar bersama dengan dokumen yang selebihnya.
    • Pada tab Tetapan Lanjutan, anda boleh membuat pelarasan imej menggunakan tetapan terperinci yang sesuai untuk dokumen teks seperti berikut.
      • Keluarkan Latar Belakang: Pilih untuk mengalih keluar latar belakang daripada dokumen.
      • Peningkatan Text: Pilih untuk menerangkan atau menajamkan huruf yang kabur dalam dokumen.
      • Pensegmenan Kawasan Auto: Pilih untuk menjadikan huruf lebih jelas dan imej lebih licin semasa melakukan imbasan hitam dan putih untuk dokumen yang mengandungi imej.
      • Ciciran: Pilih untuk mengalih keluar warna yang ditentukan daripada imej yang diimbas dan menyimpannya dalam skala kelabu atau hitam dan putih. Contohnya, anda boleh memadamkan tanda atau nota yang anda tulis dalam margin dengan pen warna semasa mengimbas.
      • Peningkatan Warna: Pilih untuk menambah baik warna yang ditentukan untuk imej yang diimbas dan menyimpannya dalam skala kelabu atau hitam dan putih. Contohnya, anda boleh menambah baik huruf atau baris yang berwarna cerah.
    Perhatian:

    Sesetengah item mungkin tidak boleh didapati bergantung pada tetapan lain yang anda buat.

  5. Tetapkan tetapan menyimpan fail.

    • Format Imej: Pilih format simpanan daripada senarai.
      Anda boleh membuat tetapan terperinci untuk setiap format simpanan kecuali BITMAP dan PNG. Selepas memilih format simpanan, pilih Pilihan daripada senarai.
    • Nama Fail: Semak nama fail yang disimpan yang dipaparkan.
      Anda boleh menukar tetapan untuk nama fail dengan memilih Tetapan daripada senarai.
    • Folder: Pilih folder simpanan untuk imej yang diimbas daripada senarai.
      Anda boleh memilih folder lain atau membuat folder baru dengan memilih Pilih daripada senarai.
  6. Klik Imbas.

    Perhatian:
    • Anda turut boleh mula mengimbas dengan menekan butang pada panel kawalan pengimbas.

    • Untuk mengimbas dokumen yang mungkin akan tersekat, contohnya kertas nipis, dayakan Perlahan pada panel kawalan untuk memperlahankan kelajuan imbasan.

    Imej yang diimbas disimpan pada folder yang anda tentukan.