> Penyelenggaraan > Mengemas Kini Aplikasi dan Perisian Tegar > Mengemas Kini Perisian Tegar Pengimbas menggunakan Panel Kawalan

Mengemas Kini Perisian Tegar Pengimbas menggunakan Panel Kawalan

Jika pengimbas boleh disambungkan ke Internet, anda boleh mengemas kini perisian tegar pengimbas menggunakan panel kawalan. Anda turut boleh menetapkan pengimbas untuk menyemak kemas kini perisian tegar secara kerap dan memaklumkan anda jika terdapat kemas kini.

  1. Pilih Tetapan pada skrin utama.

  2. Pilih Pentadbiran Sistem > Kemas Kini Perisian Tegar > Kemas kini.

    Perhatian:

    Pilih Pemberitahuan > Hidup untuk menetapkan pengimbas supaya menyemak kemas kini perisian tegar yang tersedia secara berkala.

  3. Semak mesej yang dipaparkan pada skrin dan mula mencari kemas kini yang tersedia.

  4. Jika mesej yang dipaparkan pada skrin LCD memaklumkan anda bahawa kemas kini perisian tegar sudah tersedia, ikut arahan pada skrin untuk memulakan kemas kini.

    Penting:
    • Jangan matikan atau mencabut palam pengimbas sehingga kemas kini selesai; jika tidak pencetak tidak akan berfungsi dengan betul.

    • Jika kemas kini perisian tegar tidak selesai atau tidak berjaya, pengimbas tidak akan bermula seperti biasa dan “Recovery Mode” dipaparkan pada skrin LCD apabila pengimbas dihidupkan pada kali berikutnya. Dalam situasi ini, anda perlu mengemas kini semula perisian tegar menggunakan komputer. Sambungkan pengimbas kepada komputer dengan menggunakan kabel USB. Semasa “Recovery Mode” dipaparkan pada pengimbas, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian. Pada komputer, akses laman web Epson tempatan dan muat turun perisian tegar pengimbas yang terkini. Lihat arahan pada laman web untuk langkah seterusnya.