Tarik sambungan dulang input. Tarik keluar dulang output, panjangkan sambungan dulang output dan naikkan penahan.

Tarik panduan tepi pada dulang input hingga ke hujung.

Letakkan Helaian Pembawa dengan gambar pada bahagian hadapan menghadap ke atas dan letakkan dokumen di tengah-tengah Helaian Pembawa dengan bahagian yang hendak diimbas menghadap ke bawah.

Muatkan Helaian Pembawa ke dalam dulang input dengan sisi bahagian atas menghadap ke dalam ADF.
Tolak Helaian Pembawa ke dalam ADF hingga ke hujung.

Tolak panduan tepi supaya rapat dengan Helaian Pembawa dan pastikan tiada jarak antara Helaian Pembawa dan panduan tepi. Jika tidak, lembaran pembawa mungkin disuap dalam keadaan condong.

Anda perlu berhenti menggunakan Helaian Pembawa yang bercalar atau yang telah diimbas lebih daripada 3000 kali.
Jika anda tidak menemui saiz yang sesuai untuk dokumen yang ingin diimbas dalam senarai Saiz Dokumen pilih Auto Kesan.
Apabila menggunakan Epson Scan 2, anda juba boleh memilih Suaikan untuk membuat saiz dokumen tersuai.
Semasa mengimbas Helaian Pembawa dengan memilih Auto Kesan sebgai tetapan Saiz Dokumen, imej diimbas secara automatik dengan menggunakan Pencongan Kertas dalam tetapan Pencongan Dokumen Yang Betul.
Gunakan Helaian Pembawa yang direka untuk pengimbas anda sahaja. Helaian Pembawa akan dikenali oleh pengimbas secara automatik dengan mengesan dua lubang segi empat kecil di bahagian hadapan. Pastikan lubang itu bersih dan tidak tertutup.
