Web Config ialah aplikasi yang berfungsi dalam pelayar web, seperti Microsoft Edge dan Safari, pada komputer atau peranti pintar. Anda boleh mengesahkan status pencetak atau menukar tetapan perkhidmatan rangkaian dan pencetak. Untuk menggunakan Web Config, sambungkan pencetak dan komputer atau peranti ke rangkaian yang sama.
Pelayar berikut disokong. Gunakan versi terkini.
Microsoft Edge, Internet Explorer, Firefox, Chrome, Safari
Anda mungkin diminta untuk memasukkan kata laluan pentadbir semasa mengendalikan Web Config. Lihat maklumat yang berkaitan di bawah untuk mendapatkan butiran lanjut.