Bila menyambungkan komputer ke pencetak menggunakan WSD, ikut langkah berikut untuk menjalankan Web Config.
Buka senarai pencetak pada komputer.
Klik kanan pada pencetak anda dan pilih Ciri-ciri.
Pilih tab Perkhidmatan Web dan klik URL.
Oleh kerana pencetak menggunakan sijil ditandatangani sendiri semasa mengakses HTTPS, amaran akan dipaparkan pada pelayar apabila anda memulakan Web Config; ini tidak menunjukkan masalah dan boleh diabaikan dengan selamat.