Menghantar faks dengan meletakkan dokumen satu per satu atau dengan meletakkan dokumen mengikut saiz, anda boleh menghantarnya sebagai satu dokumen mengikut saiz asalnya.
Jika anda meletakkan dokumen asal dengan saiz yang berlainan dalam ADF, semua dokumen asal dihantar pada saiz yang terbesar di kalangannya. Untuk menghantar dokumen mengikut saiz asalnya, jangan letakkan dokumen dengan saiz yang bercampur-campur.
Letakkan kelompok dokumen pertama mengikut saiz yang sama.
Pilih Faks pada skrin utama.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.
Nyatakan penerima.
Tekan butang OK, dan kemudian pilih Ttpn Imbasan.
Pilih Imbas Berterusan(ADF) dan kemudian, pilih Hidup.
Anda turut boleh membuat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran dalam Ttpn Imbasan atau Tetapan Hantar Faks jika perlu.
Tekan butang
sehingga kembali ke skrin Faks dan kemudian, tekan butang
.
Apabila imbasan dokumen pertama selesai dan mesej Hantar halaman lain? dipaparkan pada panel kawalan, pilih Ya, isikan dokumen seterusnya dan kemudian, tekan butang
.
Jika anda membiarkan pencetak tidak disentuh selama 20 saat selepas digesa untuk menetapkan dokumen asal seterusnya, pencetak berhenti menyimpan dan mula menghantar dokumen.
Apabila penghantaran selesai, keluarkan dokumen asal.