> Memfaks > Menghantar Faks Menggunakan Pencetak

Menghantar Faks Menggunakan Pencetak

Anda boleh menghantar faks dengan memasukkan nombor faks untuk penerima pada panel kawalan pencetak.

Perhatian:

Apabila menghantar faks dalam monokrom, anda boleh pratonton imej yang diimbas pada skrin LCD sebelum menghantar.

  1. Letakkan dokumen.

    Anda boleh menghantar sehingga 100 halaman dalam satu penghantaran; walau bagaimanapun bergantung kepada jumlah memori yang tinggal, anda mungkin tidak dapat menghantar faks walaupun dengan kurang daripada 100 halaman.

    Meletakkan Dokumen Asal pada Kaca Pengimbas

    Meletakkan Dokumen Asal pada ADF

  2. Pilih Faks pada panel kawalan pencetak.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  3. Nyatakan penerima.

    Memilih Penerima

  4. Pilih Menu dengan menekan butang OK dan kemudian, pilih Ttpn Imbasan atau Tetapan Hantar Faks untuk membuat tetapan yang diperlukan seperti resolusi dan kaedah penghantaran.

    Ttpn Imbasan

    Tetapan Hantar Faks

  5. Tekan butang untuk menghantar faks.

    Perhatian:
    • Sekiranya nombor faks sedang sibuk atau berlaku sedikit masalah, pencetak akan mendail semula secara automatik selepas satu minit.

    • Untuk membatalkan penghantaran, tekan butang .

    • Ia mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar faks berwarna kerana pencetak melakukan pengimbasan dan menghantar pada masa yang sama. Semasa pencetak menghantar faks dalam warna, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri lain.