Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.
Keluarkan kertas yang tersekat.

Naikkan panel kawalan.

Buka penutup bahagian dalam.

Buka unit pengimbas sehingga berbunyi klik.

Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.
Jangan sentuh bahagian yang ditunjukkan dalam gambar di dalam pencetak. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan.

Keluarkan kertas yang tersekat.

Jangan sentuh bahagian yang ditunjukkan dalam gambar di dalam pencetak. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan.

Tutup unit pengimbas.
Untuk keselamatan, unit pengimbas ditutup dalam dua langkah.

Unit pengimbas mesti ditutup sepenuhnya sebelum ia boleh dibuka semula.
Tutup penutup bahagian dalam.

Tutup panel kawalan.
