Menjalankan Pembersihan Kuasa

Ciri Pembersihan Kuasa boleh meningkatkan kualiti cetakan dalam hal berikut.

  • Apabila kebanyakan muncung tersumbat.

  • Apabila anda melakukan pemeriksaan muncung dan pembersihan kepala 3 kali dan menunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak tetapi kualiti cetakan masih tidak bertambah baik.

Sebelum menjalankan ciri ini, gunakan ciri pemeriksaan muncung untuk memeriksa sama ada muncung tersumbat, baca arahan berikut dan jalankan Pembersihan Kuasa.

Penting:

Pastikan terdapat dakwat yang mencukupi dalam tangki dakwat.

Lihat dan periksa tangki dakwat dan pastikan dakwat sekurang-kurangnya tiga suku tangki.Paras dakwat rendah semasa Pembersihan Kuasa boleh merosakkan produk.

Penting:

Selang masa selama 12 jam diperlukan antara setiap Pembersihan Kuasa.

Biasanya, satu proses Pembersihan Kuasa seharusnya dapat menyelesaikan isu kualiti cetakan dalam masa 12 jam.Oleh sebab itu, untuk mengelakkan penggunaan dakwat yang tidak diperlukan, anda mesti menunggu 12 jam sebelum anda mencubanya semula.

Penting:

Kotak penyelenggaraan mungkin perlu diganti.

Dakwat akan dihantar ke kotak penyelenggaraan.Jika kotak ini penuh, anda hendaklah menyediakan dan memasang kotak penyelenggaraan ganti untuk meneruskan cetakan.

Perhatian:

Apabila paras dakwat atau ruang kosong dalam kotak penyelenggaraan tidak mencukupi untuk Pembersihan Kuasa, anda tidak boleh menjalankan ciri ini.Dalam hal ini, paras dan ruang kosong untuk cetakan mungkin masih sama.