Pilih Keutamaan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian, pilih pencetak.
Klik Pilihan & Perlengkapan > Utiliti > Buka Utiliti Pencetak.
Klik Pembersihan Kuasa.
Ikut arahan pada skrin.
Jika anda tidak boleh menjalankan ciri ini, selesaikan masalah yang dipaparkan pada panel kawalan pencetak. Seterusnya, ikut prosedur daripada langkah 1 untuk menjalankan ciri ini semula.
Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas menjalankan Pembersihan Dakwat, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak dan kemudian, cetak corak pemeriksaan muncung sekali lagi. Jalankan Pembersihan Kepala atau Pembersihan Dakwat sekali lagi bergantung pada corak yang dicetak. Sekiranya kualiti masih tidak bertambah baik, hubungi sokongan Epson.