Mengisi Dakwat

1  Buka penutup unit tangki dakwat, dan kemudian tanggalkan penutup tangki dakwat.

2  Tanggalkan bahagian hujung penutup atau buka penutup.

Penting:

  • Gunakan botol dakwat yang disertakan dengan pencetak anda.

  • Epson tidak boleh menjamin kualiti atau kebolehpercayaan dakwat bukan tulen. Penggunaan dakwat bukan tulen boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dilindungi oleh waranti Epson.

Perhatian:

Reka bentuk botol dakwat berbeza-beza bergantung pada tarikh pengeluaran dan lokasi pembelian.

3  Buka penutup botol dakwat, tanggalkan pelekat kedap udara daripada botol dan pasang penutup.

4  Padankan warna dakwat dengan tangki, dan isi dengan kesemua dakwat.

5  Pasang bahagian hujung penutup atau penutup.

6  Tutup penutup tangki dakwat dengan rapat.

7  Ulang langkah yang sama untuk mengisi kesemua tangki dakwat yang lain.

8  Tutup penutup unit tangki dakwat.

Seterusnya»