Lagi

Memilih pada skrin utama Faks akan memaparkan menu Lagi.

Log Pemancaran:

Anda boleh menyemak sejarah kerja faks yang dihantar atau diterima.

Ambil perhatian bahawa anda boleh menyemak sejarah tugas faks yang dihantar atau diterima daripada Tugas/Status.

Laporan Faks:
Transmisi Terakhir:

Cetak laporan untuk faks sebelumnya yang dihantar atau diterima melalui peninjauan.

Log Faks:

Mencetak laporan penghantaran. Anda boleh menetapkan untuk mencetak laporan ini secara automatik menggunakan menu yang berikut.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Laporan > Faks Cetakan Auto Log

Dokumen Faks Disimpan:

Mencetak senarai dokumen faks yang disimpan dalam memori pencetak, seperti tugas belum selesai.

Senarai Tetapan Faks:

Cetak tetapan faks semasa.

Senarai Simpan/Mjkan Bersyarat:

Mencetak Senarai Simpan/Majukan Bersyarat.

Surih Protokol:

Cetak laporan terperinci untuk faks sebelumnya yang dihantar atau diterima.

Faks Lanjutan:
Undian Terima:

Apabila ini ditetapkan kepada Hidup dan anda menghubungi nombor faks pengirim, anda boleh menerima dokumen daripada mesin faks pengirim. Lihat maklumat berkaitan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang cara menerima faks menggunakan Undian Terima.

Apabila anda meninggalkan menu Faks, tetapan akan dikembalikan kepada Mati (lalai).

Hantar Undian/Peti Papan Buletin:

Apabila ini ditetapkan kepada Hidup dengan memilih kotak hantar peninjauan atau kotak papan buletin, anda boleh mengimbas dan menyimpan dokumen kepada kotak yang anda pilih dengan mengetik pada tab Tetapan Faks.

Anda boleh menyimpan satu dokumen dalam kotak hantar peninjauan. Anda boleh menyimpan sehingga 10 dokumen kepada sehingga 10 papan buletin dalam pencetak tetapi anda mesti mendaftarnya daripada Kotak Faks sebelum menyimpan dokumen. Lihat maklumat berkaitan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang cara mendaftar kotak papan buletin.

Apabila anda meninggalkan menu Faks, tetapan akan dikembalikan kepada Mati (lalai).

Spn Data Faks:

Apabila ini ditetapkan kepada Hidup dan anda mengetik pada tab Tetapan Faks, anda boleh mengimbas dan menyimpan dokumen pada kotak Dokumen Disimpan. Anda boleh menyimpan sehingga 10 dokumen.

Anda turut boleh mengimbas dan menyimpan dokumen pada kotak Dokumen Disimpan daripada Kotak Faks. Lihat maklumat berkaitan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang cara menyimpan dokumen daripada Kotak Faks

Apabila anda meninggalkan menu Faks, tetapan akan dikembalikan kepada Mati (lalai).

Kotak Faks:

Akses Kotak Faks pada skrin utama.

Tetapan Faks:

Akses Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks. Akses menu tetapan sebagai pentadbir.