Mengisi Dakwat

1  Buka penutup unit tangki dakwat, dan kemudian tanggalkan penutup tangki dakwat.

2  Patahkan bahagian atas penutup, tanggalkan penutup botol dakwat, keluarkan pengedap daripada botol, dan kemudian tutup penutupnya dengan kemas.

Penting:

  • Gunakan botol dakwat yang disertakan bersama pencetak anda.

  • Epson tidak dapat menjamin kualiti atau kebolehpercayaan dakwat yang bukan tulen. Penggunaan dakwat yang bukan tulen boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dilindungi oleh jaminan Epson.

3  Padankan warna dakwat dengan tangki, dan isi dengan kesemua dakwat.

4  Pasang bahagian atas penutup ke penutup botol dakwat.

5  Tutup penutup tangki dakwat dengan rapat.

6  Ulang langkah yang sama untuk mengisi kesemua tangki dakwat yang lain.

7  Tutup penutup unit tangki dakwat.

Seterusnya»