Jika anda mendaftar saiz dan jenis kertas pada skrin yang dipaparkan apabila anda memuatkan kertas, pencetak akan memberitahu anda apabila tetapan maklumat dan cetakan yang didaftarkan berbeza. Ini mencegah anda daripada membazir kertas dan dakwat dengan memastikan anda tidak mencetak pada saiz kertas yang salah atau mencetak dalam warna yang salah kerana menggunakan tetapan yang tidak sepadan dengan jenis kertas.

Jika saiz dan jenis kertas yang dipaparkan berbeza daripada kertas yang diisi, pilih item untuk diubah. Jika tetapan sepadan dengan kertas yang diisi, tutup skrin.
Skrin tetapan kertas tidak dipaparkan jika anda telah menyahdayakan Pprn Auto Persediaan Krts dalam menu berikut. Jika anda menyahdayakan tetapan ini, sesetengah fungsi tidak akan tersedia.
> Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak > Pprn Auto Persediaan Krts
Apabila anda ingin memberi keutamaan kepada jenis dan saiz kertas yang dipilih dalam pemacu pencetak, tanpa mengira jenis dan saiz kertas yang didaftarkan pada pencetak, buat tetapan dengan salah satu cara berikut. Ketika anda membuat tetapan ini, skrin pengesahan tidak akan ditampilkan ketika jenis dan saiz kertas berbeza antara tetapan pencetak dan tetapan pemacu pencetak.
Walau bagaimanapun, jika anda memilih jenis kertas yang telah ditambahkan oleh Epson Media Installer dengan pemacu pencetak, tetapan berikut tidak digunakan.
Windows
Pada tab Utama pemacu pencetak, dayakan Keutamaan Tetapan Kertas Pemacu.
Mac OS
Pilih Keutamaan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian, pilih pencetak. Klik Pilihan & Bekalan > Pilihan (atau Pemacu), dan kemudian dayakan Keutamaan Tetapan Kertas Pemacu.