Membuat Tetapan Wi-Fi dengan Memasukkan SSID dan Kata Laluan

Anda boleh menyediakan rangkaian Wi-Fi dengan memasukkan maklumat yang diperlukan untuk menyambung ke penghala wayarles daripada panel kawalan pencetak. Untuk menyediakan menggunakan kaedah ini, anda memerlukan SSID dan kata laluan untuk penghala wayarles.

Perhatian:

Jika anda menggunakan penghala wayarles dengan tetapan lalainya, SSID dan kata laluan terdapat pada label. Jika anda tidak mengetahui SSID dan kata laluan, lihat dokumentasi yang diberikan dengan penghala wayarles.

  1. Ketik pada skrin utama.

  2. Pilih Wi-Fi(Disyorkan).

    Jika pencetak telah disambungkan melalui Ethernet, pilih Penghala.

  3. Ketik Mulakan Persediaan.

    Jika sambungan rangkaian sudah disediakan, butiran sambungan akan dipaparkan. Ketik Tukar Tetapan untuk mengubah tetapan.

    Jika pencetak telah disambungkan melalui Ethernet, ketik Tukar kepada sambungan Wi-Fi., kemudian pilih Ya selepas menyemak mesej.

  4. Pilih Wizard Persediaan Wi-Fi.

  5. Pilih SSID untuk penghala wayarles.

    Perhatian:
    • Jika SSID yang ingin anda sambungkan tidak dipaparkan pada panel kawalan pencetak, ketik Cari Lagi untuk mengemas kini senarai. Jika ia masih tidak dipaparkan, ketik Masukkan Secara Manual dan masukkan SSID tersebut secara terus.

    • Jika anda tidak mengetahui nama rangkaian (SSID), semak jika maklumat tersebut ditulis pada label penghala wayarles. Jika anda menggunakan penghala wayarles dengan tetapan lalainya, gunakan SSID pada label. Jika anda tidak menemui sebarang maklumat, lihat dokumentasi yang diberikan dengan penghala wayarles.

  6. Ketik Masukkan Kata laluan dan masukkan kata laluan.

    Perhatian:
    • Kata laluan ialah sensitif huruf.

    • Jika anda tidak mengetahui kata laluannya, semak jika maklumat tersebut ditulis pada label penghala wayarles. Pada label, kata laluan mungkin ditulis sebagai “Network Key”, “Wireless Password” dan sebagainya. Jika anda menggunakan penghala wayarles dengan tetapan lalainya, gunakan kata laluan yang tertulis pada label.

  7. Apabila anda sudah selesai, ketik OK.

  8. Semak tetapan dan kemudian ketik Mulakan Persediaan.

  9. Ketik OK untuk menyelesaikan.

    Perhatian:

    Jika anda gagal menyambung, muatkan kertas biasa bersaiz A4 dan kemudian, pilih Cetak Laporan Semakan untuk mencetak laporan sambungan.

  10. Tutup skrin Tetapan Sambungan Rangkaian.