Menyemak Tugas Faks yang Sedang Berjalan

Anda boleh memaparkan skrin untuk menyemak tugas faks yang belum selesai diproses. Tugas berikut dipaparkan pada skrin semakan. Dari skrin ini, anda turut boleh mencetak dokumen yang belum dicetak atau anda boleh menghantar semula dokumen yang gagal dihantar.

  • Tugas faks yang diterima di bawah

    • Belum dicetak lagi (Apabila tugas ditetapkan untuk dicetak)

    • Belum disimpan lagi (Apabila tugas ditetapkan untuk disimpan)

    • Belum dimajukan lagi (Apabila tugas ditetapkan untuk dimajukan)

  • Tugas faks keluar yang gagal dihantar (Jika anda telah mendayakan Simpan Data Gagal)

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memaparkan skrin semakan.

  1. Ketik Tugas/Status pada skrin utama.

  2. Ketik tab Status Tugas dan kemudian ketik Aktif.

  3. Pilih tugas yang anda mahu semak.