> Faks (Pencetak Berkeupayaan Faks Sahaja) > Menyemak Status atau Log untuk Tugas Faks > Memaparkan Maklumat apabila Faks Diterima Tidak Diproses (Tidak Dibaca/Tidak Dicetak/Tidak Disimpan/Tidak Dimajukan)

Memaparkan Maklumat apabila Faks Diterima Tidak Diproses (Tidak Dibaca/Tidak Dicetak/Tidak Disimpan/Tidak Dimajukan)

Apabila terdapat dokumen yang diterima belum proses, bilangan tugasan yang belum proses dipaparkan pada di skrin utama. Lihat jadual di bawah untuk takrif “belum proses”.

Penting:

Apabila peti masuk penuh, menerima faks dinyahdayakan. Anda perlu memadam dokumen dari peti masuk setelah disemak.

Tetapan Simpan/Majukan Faks yang Diterima

Status Belum Proses

Pencetakan*1

Terdapat dokumen yang diterima sedang menunggu untuk dicetak atau percetakan sedang berjalan.

Menyimpan dalam peti masuk atau kotak sulit

Terdapat dokumen yang diterima belum baca dalam peti masuk dan kotak sulit.

Menyimpan dalam peranti memori luaran

Terdapat dokumen yang diterima yang belum disimpan dalam peranti kerana tiada peranti mengandungi folder yang dicipta secara khusus untuk menyimpan dokumen yang diterima disambungkan kepada pencetak atau untuk tujuan yang lain.

Menyimpan pada komputer

Terdapat dokumen yang diterima yang belum disimpan pada komputer kerana komputer berada dalam mod tidur atau untuk tujuan yang lain.

Memajukan

Terdapat dokumen yang diterima yang belum dimajukan atau gagal dimajukan*2.

*1: Apabila anda tidak menetapkan sebarang tetapan simpan/majukan faks atau apabila anda menetapkan untuk mencetak dokumen yang diterima ketika menyimpannya dalam peranti memori luaran atau komputer.

*2: Apabila anda menetapkan untuk menyimpan dokumen yang tidak boleh dimajukan dalam peti masuk, terdapat dokumen belum baca yang gagal dimajukan dalam peti masuk. Apabila anda menetapkan untuk mencetak dokumen yang gagal dimajukan, percetakan tidak lengkap.

Perhatian:

Jika anda menggunakan lebih daripada satu tetapan simpan/majukan faks, bilangan tugasan yang belum proses mungkin dipaparkan sebagai “2” atau “3” meskipun hanya satu faks telah diterima. Sebagai contoh, jika anda menetapkan untuk menyimpan faks dalam peti masuk dan pada komputer dan satu faks diterima, bilangan tugasan yang belum proses dipaparkan sebagai “2” jika faks masih belum disimpan ke dalam peti masuk dan pada komputer.