Penyelesaian
Apabila jalur melintang (serentak ke arah percetakan) timbul atau bahagian atas atau bawah kertas comot, masukkan kertas dalam posisi yang betul dan tarik panduan tepi ke tepi kertas.
Penyelesaian
Bila jalur menegak (mendatar ke arah cetakan) muncul atau kertas menjadi comot, bersihkan laluan kertas.
Penyelesaian
Letakkan kertas pada permukaan rata untuk melihat jika kertas bergulung. Jika bergulung, ratakannya.
Penyelesaian
Apabila menyalin pada kertas tebal, kepala cetak dekat dengan permukaan cetakan dan kertas mungkin bercalar. Dalam kes ini, dayakan tetapan kurangkan calar.
Pilih Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak, kemudian dayakan Kertas Tebal pada panel kawalan. Jika anda mendayakan tetapan ini, kualiti salinan boleh menurun atau cetakan akan menjadi perlahan.