Pilih item menu untuk tetapan dan kemudian, pilih atau tentukan nilai tetapan.
Nama Peranti
Anda boleh memasukkan aksara berikut.
Had aksara: 2 hingga 15 (anda mesti memasukkan sekurang-kurangnya 2 aksara)
Aksara yang boleh digunakan: A hingga Z, a hingga z, 0 hingga 9, -.
Aksara yang tidak boleh digunakan di sebelah atas: 0 hingga 9 -.
Aksara yang tidak boleh digunakan di sebelah bawah: -
TCP/IP
Auto
Pilih apabila anda menggunakan penghala wayarles di rumah atau anda membenarkan alamat IP diperoleh secara automatik oleh DHCP.
Manual
Pilih apabila anda tidak mahu alamat IP pencetak ditukar. Masukkan alamat untuk Alamat IP, Topeng Subnet dan Get Laluan Lalai serta buat tetapan Pelayan DNS mengikut persekitaran rangkaian anda.
Apabila anda memilih Auto untuk tetapan tugasan alamat IP, anda boleh memilih tetapan pelayan DNS daripada Manual atau Auto. Jika anda tidak boleh mendapatkan alamat pelayan DNS secara automatik, pilih Manual dan kemudian masukkan alamat pelayan DNS utama dan pelayan DNS kedua secara terus.
Pelayan Proksi
Jangan Guna
Pilih apabila anda menggunakan pencetak dalam persekitaran rangkaian rumah.
Kegun
Pilih apabila anda menggunakan pelayan proksi dalam persekitaran rangkaian anda dan anda ingin menetapkannya pada pencetak. Masukkan alamat pelayan proksi dan nombor port.