Periksa ralat yang dipaparkan pada panel kawalan dan ikut arahan untuk mengeluarkan kertas yang tersekat termasuk sebarang kepingan yang terkoyak. Seterusnya, padamkan ralat.
Skrin LCD memaparkan arahan beranimasi yang menunjukkan cara untuk anda mengeluarkan kertas yang tersekat.
Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Untuk mengelakkan kecederaan, berhati-hati supaya tidak menyentuh sebarang bahagian yang membonjol.
Keluarkan kertas yang tersekat dengan berhati-hati. Mengeluarkan kertas dengan terlalu kuat boleh menyebabkan kerosakan kepada pencetak.