Menekan Butang Pengimbas Tidak Akan Memulakan Imbasan
-
Klik
Tetapan dalam tetingkap Epson ScanSmart > tab Tetapan Pengimbas > Tukar untuk mengesahkan atau menggandingkan semula pengimbas menggunakan komputer anda.
-
Pastikan komputer lain tidak disambungkan melalui USB. Sambungan USB akan didahulukan berbanding sambungan Wi-Fi. Jika komputer
lain disambungkan melalui USB, putuskan sambungannya.
-
Pastikan Epson ScanSmart dan aplikasi lain dipasang dengan betul.
-
Pastikan sambungan Wi-Fi berfungsi dengan betul.
-
Cuba matikan kuasa penghala wayarles dan hidupkannya sekali lagi.
-
Pastikan anda memilih pengimbas yang betul.
Klik Tukar dalam tetingkap Epson ScanSmart, pilih pengimbas dan klik OK.
-
Untuk pengguna Mac OS:
Pastikan anda memilih rangkaian yang mempunyai keutamaan pada Mac OS anda.