Anda boleh menghantar faks dengan mendail menggunakan telefon yang disambungkan apabila anda mahu bercakap melalui telefon sebelum menghantar faks, atau apabila mesin faks penerima tidak beralih ke faks secara automatik.
Letakkan dokumen asal.
Anda boleh menghantar sehingga 100 halaman dalam satu penghantaran.
Ambil telefon bimbit bagi telefon yang disambungkan dan kemudian, dail nombor faks penerima menggunakan telefon itu.
Apabila penerima menjawab telefon, anda boleh bercakap dengan penerima.
Pilih Faks pada skrin utama.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.
Tekan butang OK dan kemudian, pilih Ttpn Imbasan atau Tetapan Hantar Faks untuk membuat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran, jika perlu.
Apabila anda mendengar nada faks, tekan butang
, dan kemudian meletakkan pemegang telefon.
Apabila nombor yang didail menggunakan telefon yang disambungkan, ia mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar faks kerana pencetak melakukan pengimbasan dan menghantar pada masa yang sama. Semasa menghantar faks, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri lain.
Apabila penghantaran selesai, keluarkan dokumen asal.