> Maklumat Produk > Maklumat Perisian > Perisian untuk Faks > Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)

Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)

FAX Utility adalah satu aplikasi yang membolehkan anda menetapkan pelbagai tetapan untuk menghantar faks dari komputer. Anda boleh mewujudkan atau mengedit senarai hubungan yang akan digunakan apabila menghantar faks, mengkonfigurasi untuk menyimpan faks yang diterima dalam format PDF dalam komputer, dan sebagainya. Lihat bantuan dalam aplikasi ini untuk maklumat lanjut.

Perhatian:
  • Sistem pengendalian Windows Server tidak disokong.

  • Pastikan anda telah memasang pemacu pencetak sebelum memasang FAX Utility.

  • Pastikan FAX Utility telah dipasang. Lihat “Bermula pada Windows” atau “Bermula pada Mac OS” di bawah untuk menyemak jika aplikasi telah dipasang.

Bermula pada Windows
  • Windows 10

    Klik butang mula dan pilih Epson Software > FAX Utility.

  • Windows 8.1/Windows 8

    Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.

  • Windows 7/Windows Vista/Windows XP

    Klik butang mula, dan pilih Semua Program (atau Program) > Epson Software > FAX Utility.

Bermula pada Mac OS

Pilih Pilihan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian pilih pencetak (FAKS). Klik Pilihan & Perlengkapan > Utiliti > Buka Utiliti Pencetak.