/ Pengimbasan / Pengimbasan Menggunakan Panel Kawalan / Pengimbasan ke Komputer

Pengimbasan ke Komputer

Anda boleh menyimpan imej yang diimbas ke komputer.

Penting:

Pastikan anda telah memasang Epson Scan 2 dan Epson Event Manager pada komputer anda sebelum menggunakan ciri ini.

  1. Letakkan dokumen asal.

  2. Masukkan Imbas daripada skrin utama menggunakan butang atau dan kemudian tekan butang OK.

  3. Pilih cara untuk menyimpan imej yang diimbas kepada komputer daripada menu yang berikut menggunakan butang atau dan kemudian tekan butang OK.

    • Ke Komputer (JPEG): Menyimpan imej yang diimbas dalam format JPEG.
    • Ke Komputer (PDF): Menyimpan imej yang diimbas dalam format PDF.
    • Ke Komputer (E-mel): Memulakan klien e-mel pada komputer anda dan kemudian, melampirkannya ke e-mel secara automatik.
    • Ke Komputer (Tersuai): Menyimpan imej yang diimbas menggunakan tetapan pada Epson Event Manager. Anda boleh menukar tetapan imbasan seperti saiz imbasan, folder untuk disimpan atau format simpanan.
  4. Pilih komputer untuk menyimpan imej yang diimbas.

    Perhatian:
    • Anda boleh menukar tetapan imbasan seperti saiz imbasan, folder untuk disimpan atau format simpanan dengan menggunakan Epson Event Manager.

    • Apabila pencetak disambungkan ke rangkaian, anda boleh memilih komputer tempat anda ingin menyimpan imej yang diimbas. Sehingga 20 komputer boleh dipaparkan pada panel kawalan pencetak.

    • Apabila komputer yang anda mahu menyimpan imej-imej yang diimbas dikesan pada rangkaian, 15 aksara terawal bagi nama komputer dipaparkan pada panel kawalan. Sekiranya anda menetapkan Nama Imbasan Rangkaian (Abjad angka) pada Epson Event Manager, ia dipaparkan pada panel kawalan.

  5. Tekan butang .

    Perhatian:

    Warna, saiz dan sempadan imej yang diimbas tidak akan benar-benar sama seperti dokumen.