/ Petua / Menukar Tetapan / Menukar Tetapan JPEG, PDF dan TIFF

Menukar Tetapan JPEG, PDF dan TIFF

Anda boleh menukar tetapan fail untuk fail JPEG, PDF dan TIFF.

Klik Tetapan dalam tetingkap Epson ScanSmart > tab Simpan Tetapan > Pilihan untuk menukar tetapan JPEG, PDF dan TIFF.

Tetapan Pemalam EPSON PDF

Item

Penerangan

Umum

Jana Fail PDF/A

Membuat PDF yang mematuhi standard PDF/A-1 (data untuk arkib dokumen elektronik jangka panjang).

Ini tidak boleh ditetapkan pada tab Tahap dan Keselamatan Pemampatan pada masa yang sama.

Cipta fail dgn semua halamn

Menyimpan semua halaman sebagai satu fail.

Tahap Pemampatan

Pilih tahap pemampatan untuk imej warna atau skala kelabu.

Keselamatan

Ttpkn k/laluan utk membuka fail.

Menetapkan perlindungan kata laluan semasa membuka PDF.

Tetapkan kata laluan dalam 32 aksara bait tunggal.

Tetapkan k/laluan lindung sifat.

Tetapkan perlindungan kata laluan untuk membuka tetingkap Sifat fail PDF atau tetingkap Tukar Tetapan.

Tetapkan kata laluan dalam 32 aksara bait tunggal.

Jangan Benarkan Mengedit

Membuat fail yang melarang fungsi pengeditan, pemberian komen dan pengekstrakan objek.

Jangan Benarkan Mencetak

Membuat fail yang melarang pencetakan.

Perhatian:

Fungsi keselamatan hanya tersedia apabila fungsi pengembangan PDF EPSON Scan dipasang.

Tetapan Pemalam EPSON JPEG (untuk Windows)

Item

Penerangan

Pilihan Kualiti Imej

Anda boleh menentukan tahap pemampatan untuk imej JPEG dengan menggerakkan gelangsar atau memasukkan nilai.

Saiz fail meningkat apabila resolusi tinggi dipilih.

Mengekodkan

Pilih kaedah pengekodan.

Standard

Dengan kaedah pengekodan ini, imej pada Internet dipaparkan secara berurutan dari atas pelayar Web. Ia mengambil masa yang lebih lama untuk memuatkan keseluruhan imej.

Progresif

Dengan kaedah pengekodan ini, imej pada Internet dipaparkan secara kasar pada mulanya dan kemudian, secara tepat pada pelayar Web. Kelebihan kaedah ini adalah keseluruhan imej dipaparkan dan boleh dikenali sekali gus, walaupun imej dalam resolusi rendah.

Profil ICC Tertanam

Membolehkan anda menambahkan profil ICC (maklumat tentang kebolehasilan semula imej yang diimbas) pada imej.

Warna dalam imej yang diimbas dipaparkan dengan betul apabila anda membuka imej yang telah ditambahkan profil pada fail menggunakan perisian yang menyokong pengurusan warna.

Tetapan Pemalam EPSON JPEG (untuk Mac OS)

Item

Penerangan

Pilihan Kualiti Imej

Anda boleh menentukan Tahap Pemampatan untuk imej JPEG dengan menggerakkan gelangsar.

Saiz fail meningkat apabila resolusi tinggi dipilih.

Tetapan Pemalam EPSON TIFF (untuk Windows)

Item

Penerangan

Aturan Bait

Pilih sistem pengendalian yang akan menggunakan imej yang diimbas.

Pemampatan

Pilih cara untuk memampatkan data.

Kaedah pemampatan yang tersedia berbeza bergantung pada tetapan jenis imej.

Warna/Skala Kelabu

Anda boleh memilih Tiada, JPEG (7) atau LZW. Apabila LZW dipilih, anda boleh melaraskan kualiti imej menggunakan gelangsar.

Hitam & Putih

Anda boleh memilih Tiada atau CCITT Kmpln4. Apabila CCITT Kmpln4 dipilih, anda boleh memampatkan fail imej kepada kira-kira separuh daripada saiz asal.

Profil ICC Tertanam

Membolehkan anda menambahkan profil ICC (maklumat tentang kebolehasilan semula imej yang diimbas) pada imej.

Warna dalam imej yang diimbas dipaparkan dengan betul apabila anda membuka imej yang telah ditambahkan profil pada fail menggunakan perisian yang menyokong pengurusan warna.