> Menyelesaikan Masalah > Masalah Pengimbas > Menyemak Mesej Ralat pada Panel kawalan

Menyemak Mesej Ralat pada Panel kawalan

Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada panel kawalan, ikut arahan atau penyelesaian pada skrin di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Perhatian:

Lihat yang berikut jika mesej ralat dipaparkan semasa mengimbas folder rangkaian.

Mesej Dipaparkan pada Panel Kawalan semasa Mengimbas kepada Folder Rangkaian

Mesej Ralat

Penyelesaian

Periksa perkara berikut jika komputer tidak ditemui. - Sambungan antara pengimbas dan komputer (USB atau rangkaian) - Pemasangan aplikasi yang perlu - Versi aplikasi - Bekalan kuasa ke komputer - Tetapan tembok api dan perisian keselamatan - Tetapan kumpulan bagi pengimbas dan Document Capture Pro - Pelaksanaan pencarian semula Untuk butiran, lihat dokumentasi anda.

  • Pastikan pengimbas disambung pada komputer dengan betul.

  • Pasang Epson Scan 2 dan Document Capture Pro/Document Capture pada komputer anda.

  • Pasang versi terkini aplikasi ini.

  • Pastikan penyesuai AC disambungkan dengan betul pada pengimbas dan salur elektrik.

    Pastikan salur elektrik berfungsi. Pasang palam peranti lain ke dalam salur elektrik dan pastikan anda boleh menghidupkan peranti itu.

  • Semak tetapan tembok api untuk perisian Epson.

  • Tetapkan kumpulan yang sama untuk pengimbas dan komputer.

  • Cari komputer sekali lagi.

Gabungan alamat IP dan topeng subnet tidak sah. Lihat dokumentasi anda utk butiran lanjut.

Masukkan alamat IP yang betul atau get laluan lalai. Hubungi orang yang menyediakan rangkaian untuk mendapatkan bantuan.

Recovery Mode

Pengimbas telah bermula dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar gagal. Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar semula.

1. Sambungkan komputer dan pengimbas dengan kabel USB. (Semasa mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.)

2. Lawati laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan selanjutnya.