Penerangan dalam bahagian tersebut menggunakan TextEdit sebagai contoh. Operasi dan skrin mungkin berbeza bergantung kepada aplikasi. Lihat bantuan dalam aplikasi ini untuk maklumat lanjut.
Muatkan kertas dalam pencetak.
Buka fail yang anda ingin cetak.
Pilih Cetak daripada menu Fail atau arahan lain untuk mengakses dialog cetak.
Sekiranya perlu, klik Tunjukkan Butiran atau
untuk memperluaskan tetingkap cetakan.

Buat tetapan berikut.
Jika menu tetapan di atas tidak dipaparkan, tutup tetingkap cetakan, pilih Persediaan Halaman daripada menu Fail dan kemudian buat tetapan.
Apabila mencetak pada sampul surat, pilih orientasi landskap.
Pilih Tetapan Cetak daripada menu timbul.

Jika menu Tetapan Cetak tidak dipaparkan pada macOS Catalina (10.15) atau lebih baru, macOS High Sierra (10.13), macOS Sierra (10.12), OS X El Capitan (10.11), OS X Yosemite (10.10), OS X Mavericks (10.9), OS X Mountain Lion (10.8), pemacu pencetak Epson tidak dipasang dengan betul. Dayakannya daripada menu berikut.
Pilih Keutamaan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks), alih keluar pencetak, kemudian tambah pencetak sekali lagi.
macOS Mojave (10.14) tidak boleh mengakses Tetapan Cetak dalam aplikasi yang dibuat oleh Apple seperti TextEdit.
Buat tetapan berikut.
Klik Cetak.