/ Mengenai Manual Ini / Menggunakan Manual untuk Mencari Maklumat

Menggunakan Manual untuk Mencari Maklumat

Manual PDF membolehkan anda mencari maklumat menggunakan kata kunci atau melangkau terus ke bahagian tertentu menggunakan penanda halaman.Anda turut boleh mencetak halaman yang anda perlukan sahaja.Bahagian ini menerangkan cara menggunakan manual PDF yang telah dibuka dalam Adobe Reader X pada komputer anda.

Mencari menggunakan kata kunci

Klik Edit > Carian Terperinci.Masukkan kata kunci (teks) untuk maklumat yang ingin dicari dalam tetingkap carian dan klik Cari.Hasil carian dipaparkan sebagai senarai.Klik salah satu hasil carian untuk melangkau ke halaman itu.

Melangkau terus daripada penanda halaman

Klik tajuk untuk melangkau ke halaman itu.Klik + atau > untuk melihat subtajuk dalam bahagian itu.Untuk kembali ke halaman sebelumnya, lakukan tindakan berikut pada papan kekunci anda.

  • Windows: Tekan Alt dan tekan .

  • Mac OS: Tekan kekunci command dan tekan .

Mencetak halaman yang anda perlukan sahaja

Anda boleh mengekstrak dan mencetak halaman yang anda perlukan sahaja.Klik Cetak dalam menu Fail dan tentukan halaman yang ingin dicetak dalam Halaman dalam Halaman untuk Dicetak.

  • Untuk menentukan siri halaman, masukkan tanda sempang di antara halaman mula dan halaman akhir.

    Contoh: 20–25

  • Untuk menentukan halaman yang bukan dalam siri, bahagikan halaman dengan koma.

    Contoh: 5, 10, 15