/ Menggantikan Katrij Dakwat / Mencetak Sementara menggunakan Dakwat Hitam

Mencetak Sementara menggunakan Dakwat Hitam

Apabila dakwat warna sudah habis dan dakwat hitam masih ada semasa mencetak daripada komputer, anda boleh menggunakan tetapan berikut untuk meneruskan cetakan bagi tempoh masa yang pendek menggunakan dakwat hitam sahaja.

  • Jenis kertas: kertas biasa, Sampul

  • Warna: Skala Kelabu

  • Tanpa sempadan: Tidak dipilih

  • EPSON Status Monitor 3: Didayakan (untuk Windows sahaja)

Memandangkan ciri ini hanya tersedia kira-kira lima hari sahaja, gantikan kartrij dakwat yang telah habis secepat mungkin.

Perhatian:
  • Sekiranya EPSON Status Monitor 3 dinyahdayakan, akses pemacu pencetak, klik Tetapan Dilanjutkan pada tab Penyelenggaraan, dan kemudian pilih Dayakan EPSON Status Monitor 3.

  • Tempoh yang tersedia berbeza bergantung kepada keadaan penggunaan.