Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Pengendalian Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Aplikasi untuk Menyediakan Peranti pada Rangkaian (EpsonNet Config)
Apabila menggunakan pencetak dan telefon pada satu talian telefon, sambungkan telefon ke pencetak.
Sekiranya peranti telefon anda mempunyai fungsi faks, nyahdayakan fungsi faks sebelum menyambungkannya. Lihat manual yang disertakan dengan peranti telefon untuk mendapatkan butiran. Bergantung pada model peranti telefon, fungsi faks tidak boleh dinyahdayakan sepenuhnya, oleh itu anda mungkin tidak dapat menggunakannya sebagai telefon luaran.
Jika anda menyambungkan mesin menjawab, pastikan tetapan Berdering untuk Menjawab pencetak ditetapkan lebih tinggi daripada bilangan deringan mesin menjawab anda ditetapkan untuk menjawab panggilan.
Keluarkan penutup port EXT. di bahagian belakang pencetak.

Sambungkan peranti telefon dan port EXT. dengan kabel telefon.

Apabila berkongsi satu talian telefon, pastikan anda menyambungkan peranti telefon ke port EXT. pada pencetak. Sekiranya anda memecahkan talian untuk menyambung peranti telefon dan pencetak secara berasingan, telefon dan pencetak tidak akan berfungsi dengan betul.
Pilih Faks pada skrin utama.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.
Angkat gagang.
Jika mesej untuk mula menghantar atau menerima faks dipaparkan sebagai yang ditunjukkan pada skrin berikut, sambungan telah diwujudkan.
