/ Pengimbasan / Pengimbasan Menggunakan Panel Kawalan / Pengimbasan ke Komputer (Event Manager)

Pengimbasan ke Komputer (Event Manager)

Perhatian:

Sebelum mengimbas, pasang Epson Scan 2 dan Epson Event Manager pada komputer anda.

  1. Letakkan dokumen asal.

  2. Pilih Imbasan pada skrin utama.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  3. Pilih Komputer.

  4. Pilih komputer untuk menyimpan imej yang diimbas.

    • Jika skrin Pilih Komputer dipaparkan, pilih komputer daripada skrin.
    • Jika skrin Imbas ke Komputer dipaparkan dan komputer sudah dipilih, pastikan komputer yang dipilih adalah betul. Jika tidak, pilih untuk memilih semula komputer.
    Perhatian:
    • Apabila pencetak disambungkan ke rangkaian, anda boleh memilih komputer tempat anda ingin menyimpan imej yang diimbas. Anda boleh memaparkan sehingga 20 komputer pada panel kawalan pencetak. Sekiranya anda menetapkan Nama Imbasan Rangkaian (Abjad angka) pada Epson Event Manager, ia dipaparkan pada panel kawalan.

  5. Pilih untuk memilih cara hendak menyimpan imej yang diimbas ke komputer.

    • Simpan sbg JPEG: Menyimpan imej yang diimbas dalam format JPEG.
    • Simpan sbg. PDF: Menyimpan imej yang diimbas dalam format PDF.
    • Lampirkan ke e-mel: Memulakan klien e-mel pada komputer anda dan kemudian, melampirkannya ke e-mel secara automatik.
    • Ikut tetapan tersuai: Menyimpan imej yang diimbas menggunakan tetapan pada Epson Event Manager. Anda boleh menukar tetapan imbasan seperti saiz imbasan, folder untuk disimpan atau format simpanan.
  6. Tekan butang .