/ Menyediakan Pencetak / Menguruskan Kenalan / Mendaftar atau Mengedit Kenalan

Mendaftar atau Mengedit Kenalan

  1. Pilih Faks pada skrin utama.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  2. Pilih Kenalan.

  3. Lakukan satu daripada perkara berikut.

    • Untuk mendaftar kenalan baru, pilih Tambah Entri dengan menekan butang + dan kemudian, pilih Tambah Kenalan.
    • Untuk mengedit kenalan, alihkan kursor kepada kenalan sasaran dengan menggunakan butang , tekan butang dan kemudian, pilih Edit.
    • Untuk memadamkan kenalan, alihkan kursor kepada kenalan sasaran dengan menggunakan butang dan kemudian, tekan butang . Pilih Padam dan kemudian, pilih Ya. Anda tidak perlu melakukan prosedur berikut.
  4. Buat tetapan yang diperlukan.

    Perhatian:

    Apabila memasukkan nombor faks, masukkan kod akses luaran pada awal nombor faks sekiranya sistem telefon anda adalah PBX dan anda memerlukan kod akses untuk mendapatkan talian luar. Sekiranya kod akses telah ditetapkan dalam tetapan Jenis Talian masukkan cincangan (#) dan bukannya kod akses yang sebenar. Untuk menambahkan jeda (berhenti seketika untuk tiga saat semasa dail), masukkan sempang (-).

  5. Pilih Selesai untuk menggunakan tetapan.