/ Menyediakan Pencetak / Menguruskan Kenalan / Mendaftar atau Mengedit Kenalan yang Dikumpulkan

Mendaftar atau Mengedit Kenalan yang Dikumpulkan

Menambah kenalan kepada kumpulan membolehkan anda menghantar faks ke pelbagai destinasi pada masa yang sama.

  1. Pilih Faks pada skrin utama.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  2. Pilih Kenalan.

  3. Lakukan satu daripada perkara berikut.

    • Untuk mendaftar kenalan kumpulan baru, pilih Tambah Entri dengan menekan butang + dan kemudian, pilih Tambah Kumpulan.
    • Untuk mengedit kenalan berkumpulan, alihkan kursor kepada kenalan sasaran dengan menggunakan butang , tekan butang dan kemudian, pilih Edit.
    • Untuk memadamkan kenalan berkumpulan, alihkan kursor kepada kenalan sasaran dengan menggunakan butang dan kemudian, tekan butang . Pilih Padam dan kemudian, pilih Ya. Anda tidak perlu melakukan prosedur berikut.
  4. Masukkan atau edit Nama Kumpulan dan Indeks Perkataan, kemudian pilih Knln Ditmbhkn pd Kumpulan (Diperlukan).

  5. Pilih kenalan yang ingin didaftarkan dalam kumpulan dengan menekan butang OK dan kemudian, pilih Tutup.

    Perhatian:
    • Anda boleh mendaftar sehingga 99 kenalan.

    • Untuk menyahpilih kenalan, tekan butang OK sekali lagi.

  6. Pilih Selesai untuk menggunakan tetapan.