Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Pengendalian Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Aplikasi untuk Menyediakan Peranti pada Rangkaian (EpsonNet Config)
Anda boleh menghantar faks dengan memasukkan nombor faks untuk penerima pada panel kawalan.
Letakkan dokumen asal.
Anda boleh menghantar sehingga 100 halaman dalam satu penghantaran; walau bagaimanapun bergantung kepada jumlah memori yang tinggal, anda mungkin tidak dapat menghantar faks walaupun dengan kurang daripada 100 halaman.
Pilih Faks pada skrin utama.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.

Nyatakan penerima.
Anda boleh menghantar faks monokrom yang sama kepada sehingga 100 penerima. Namun begitu, faks warna hanya boleh dihantar kepada seorang penerima pada satu masa.
Untuk memadamkan penerima yang telah dimasukkan, pilih medan yang mengandungi senarai penerima di sebelah atas skrin LCD, pilih penerima daripada senarai dan kemudian, tekan butang OK.
Pilih tab Tetapan Faks dan kemudian, buat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran seperti yang diperlukan.
Tekan butang
untuk menghantar faks.
Apabila penghantaran selesai, keluarkan dokumen asal.
Sekiranya nombor faks sedang sibuk atau masalah berlaku, pencetak secara automatik mendail semula selepas satu minit.
Untuk membatalkan penghantaran, tekan butang
.
Ia mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar faks berwarna kerana pencetak melakukan pengimbasan dan menghantar pada masa yang sama. Semasa pencetak menghantar faks dalam warna, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri lain.