/ Tetapan Rangkaian / Membuat Tetapan Wi-Fi daripada Pencetak / Membuat Tetapan Wi-Fi melalui Persediaan Kod PIN (WPS)

Membuat Tetapan Wi-Fi melalui Persediaan Kod PIN (WPS)

Anda boleh menyambung ke penghala wayarles dengan menggunakan kod PIN yang tertera pada helaian status rangkaian. Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat penyediaan jika penghala wayarles berupaya melakukan WPS (Persediaan Terlindung Wi-Fi). Gunakan komputer untuk memasukkan kod PIN ke penghala wayarles.

  1. Isikan kertas.

  2. Tekan butang pada pencetak sekurang-kurangnya 5 saat.

    Helaian status rangkaian telah dicetak.

    Perhatian:

    Jika anda melepaskan butang dalam masa 5 saat, laporan sambungan rangkaian dicetak.Harap maklum bahawa maklumat kod PIN tidak dicetak pada laporan ini.

  3. Semasa menekan butang , tekan butang sehingga lampu dan lampu berkelip berselang-seli.

  4. Gunakan komputer anda untuk memasukkan kod PIN (nombor lapan digit) yang dicetak pada lajur [WPS-PIN Code] pada helaian status rangkaian ke penghala wayarles dalam masa dua minit.

    Apabila sambungan diwujudkan, lampu menyala.

    Perhatian:
    • Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk mendapatkan butiran tentang memasukkan kod PIN.

    • Pencetak dalam status ralat sambungan apabila lampu dan lampu berkelip serentak. Selepas mengosongkan ralat pencetak dengan menekan butang pada pencetak, but semula penghala wayarles, letakkan berdekatan dengan pencetak dan cuba lagi. Jika masih tidak berfungsi, cetak laporan sambungan rangkaian dan semak penyelesaiannya.