Menyemak Sambungan (USB)

  • Sambungkan kabel USB dengan selamat kepada pencetak dan komputer.

  • Sekiranya anda menggunakan hab USB, cuba sambungkan pencetak secara terus kepada komputer.

  • Jika kabel USB tidak dapat dikenal pasti, ubah port atau ubah kabel USB.

  • Jika pencetak tidak boleh mencetak menggunakan sambungan USB, cuba yang berikut.

    Tanggalkan kabel USB daripada komputer. Klik kanan pada ikon pencetak yang dipaparkan pada komputer dan pilih Alih Keluar Peranti. Seterusnya, sambungkan kabel USB ke komputer dan cuba lakukan ujian cetakan.

    Tetapkan semula sambungan USB dengan mengikut langkah dalam manual ini untuk mengubah kaedah sambungan ke komputer. Lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah untuk mendapatkan butiran.