Anda boleh mencetak kod bar dengan jelas dan menjadikannya mudah diimbas. Dayakan ciri ini hanya jika kod bar yang dicetak tidak dapat diimbas.

Anda boleh menggunakan ciri ini di bawah syarat berikut.
Kertas: Kertas kosong, Kertas salinan, Kepala surat atau Sampul surat
Kualiti: Standard
Kualiti cetakan boleh berubah semasa mencetak. Kelajuan cetakan boleh menjadi perlahan dan kepadatan cetakan boleh menjadi tinggi.
Nyahkabur mungkin tidak selalunya boleh dilakukan bergantung pada keadaan.
Pada tab Penyelenggaraan pemacu pencetak, klik Tetapan Dilanjutkan, kemudian pilih mod kod bar.