/ Menyalin / Pilihan Menu untuk Menyalin

Pilihan Menu untuk Menyalin

Perhatian:

Menu yang tersedia adalah berbeza-beza mengikut susun atur yang anda pilih.

Bilangan salinan:

Masukkan bilangan salinan.

Warna:

Menyalin dokumen asal dalam salinan warna.

B&W:

Menyalin dokumen asal dalam salinan hitam dan putih (monokrom).

2 Muka:
  • 1>1 Muka

    Menyalin satu belah dokumen asal kepada satu belah kertas.

  • 1>2 Muka

    Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada kedua-dua muka pada satu helaian kertas.

Ketumpatan:

Tingkatkan tahap ketumpatan dengan menekan butang apabila hasil salinan kelam. Kurangkan tahap ketumpatan dengan menekan butang apabila dakwat comot.

Kecilkan/Besarkan:

Membesarkan atau mengecilkan dokumen.

  • Saiz Sebenar

    Menyalin pada saiz pembesaran 100%.

  • Auto Muat

    Mengesan kawasan imbasan dan membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal secara automatik untuk dimuatkan ke dalam saiz kertas yang anda pilih. Apabila terdapat margin putih sekeliling dokumen, margin putih daripada tanda sudut kaca pengimbas dikesan sebagai kawasan imbasan tetapi margin di bahagian bertentangan boleh dipangkas.

  • Suai

    Pilih untuk menentukan pembesaran untuk membesarkan atau mengecilkan dokumen.

Saiz Tersuai:

Menentukan pembesaran yang digunakan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen dalam julat 25 hingga 400%.

Tetapan Kertas:

Pilih saiz dan jenis kertas yang anda muatkan di dalam pencetak.

Berbilang Halaman:
  • Satu Hlmn

    Menyalin satu dokumen asal satu muka kepada satu helaian.

  • 2-atas

    Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 2-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.

Kualiti:

Pilih kualiti cetakan. Memilih Terbaik memberikan cetakan berkualiti tinggi, tetapi kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.

Untuk pengguna di Eropah Barat, mod draf tidak tersedia.

Pengembangan:

Dengan penyalinan tanpa sempadan, imej dibesarkan sedikit untuk mengalih keluar sempadan daripada tepi kertas. Pilih tahap pembesaran imej.