Apabila dakwat warna sudah habis dan dakwat hitam masih ada, anda boleh menggunakan tetapan berikut untuk meneruskan cetakan bagi tempoh masa yang pendek menggunakan dakwat hitam sahaja.
Jenis kertas: kertas biasa, Sampul
Warna: H&P atau Skala Kelabu
Tanpa sempadan: Tidak dipilih
EPSON Status Monitor 3: Didayakan (Apabila mencetak daripada pemacu pencetak di Windows.)
Memandangkan ciri ini hanya tersedia kira-kira lima hari sahaja, gantikan katrij dakwat yang telah habis secepat mungkin.
Sekiranya EPSON Status Monitor 3 dinyahdayakan, akses pemacu pencetak, klik Tetapan Dilanjutkan pada tab Penyelenggaraan, dan kemudian pilih Dayakan EPSON Status Monitor 3.
Tempoh yang tersedia berbeza bergantung kepada keadaan penggunaan.