Pemacu Pencetak Mac OS

Pemacu pencetak mengawal pencetak mengikut arahan daripada aplikasi.Membuat tetapan pada pemacu pencetak menyediakan hasil percetakan terbaik.Anda juga boleh memeriksa status pencetak atau memeliharanya dalam keadaan pengendalian terbaik menggunakan utiliti pemacu pencetak.

Mengakses pemacu pencetak daripada aplikasi

Klik Persediaan Halaman atau Cetak pada menu Fail aplikasi anda.Sekiranya perlu, klik Tunjukkan Butiran (atau ) untuk memperluaskan tetingkap cetakan.

Perhatian:

Bergantung kepada aplikasi yang sedang digunakan, Persediaan Halaman mungkin tidak dipaparkan dalam menu Fail dan operasi untuk memaparkan skrin pencetak mungkin berbeza.Lihat bantuan dalam aplikasi ini untuk maklumat lanjut.

Memulakan utiliti

Pilih Keutamaan Sistem daripada menu > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian pilih pencetak.Klik Pilihan & Perlengkapan > Utiliti > Buka Utiliti Pencetak.