Langkau Halaman Kosong: Elakkan mencetak halaman kosong.
Mod Senyap: Mencetak dengan senyap. Walau bagaimanapun, kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.
Blh cetak hitam sementara: Mencetak hanya dengan dakwat hitam buat sementara waktu.
Pencetakan Berkelajuan Tinggi: Mencetak apabila kepala cetak bergerak di kedua-dua arah. Kelajuan cetakan adalah lebih pantas, tetapi kualiti mungkin menurun.
Keluarkan dokumen untuk pemfailan: Suap kertas supaya mudah difailkan semasa mencetak data landskap atau mencetak 2 muka. Mencetak sampul surat tidak disokong.
Keluarkan sempadan butik: Membuang margin yang tidak diperlukan semasa mencetak tanpa sempadan.
Pemberitahuan Amaran: Membenarkan pemacu pencetak untuk memaparkan pemberitahuan amaran.
Wujudkan komunikasi dwiarah: Selalunya, ini hendaklah ditetapkan ke Hidup. Pilih Mati apabila memperoleh maklumat pencetak adalah mustahil kerana pencetak dikongsi bersama dengan komputer Windows dalam rangkaian atau untuk sebarang sebab lain.