Pilihan Menu untuk Memilih Foto

Semak Imbas:

Memaparkan foto pada peranti memori yang diisih menggunakan keadaan tertentu. Pilihan yang tersedia bergantung pada ciri yang sedang digunakan.

  • Batalkan Semak Imbas:

    Membatalkan pengisihan foto dan memaparkan semua foto.

  • tt:

    Pilih tahun bagi foto yang anda mahu paparkan.

  • tttt/bb:

    Pilih tahun dan bulan bagi foto yang anda mahu paparkan.

  • tttt/bb/hh:

    Pilih tahun, bulan dan tarikh bagi foto yang anda mahu paparkan.

Paparkan turutan:

Mengubah susunan paparan foto dalam tertib menaik atau menurun.

Pilih semua foto:

Memilih semua foto dan menetapkan bilangan cetakan.

Nyahpilih semua foto:

Mengembalikan bilangan cetakan semua foto kepada 0 (sifar).

Pilih Kumpulan:

Pilih menu ini untuk memilih kumpulan yang lain.