/ Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian / Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)

Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)

Epson Photo+ ialah aplikasi yang membolehkan anda mencetak imej dengan mudah menggunakan pelbagai susun atur. Anda boleh menggunakan pelbagai templat dan melakukan pembetulan imej serta melaraskan kedudukan sambil melihat pratonton dokumen anda. Anda turut boleh menceriakan imej anda dengan menambahkan teks dan cop di mana-mana tempat. Apabila mencetak pada kertas foto Epson yang tulen, prestasi dakwat dimaksimumkan supaya dapat mewujudkan kemasan yang cantik dengan warna yang menarik.

Ia juga didatangkan dengan ciri berikut. Lihat bantuan dalam aplikasi ini untuk maklumat lanjut. Anda boleh memuat turun aplikasi terkini daripada laman web Epson.

http://www.epson.com

  • Mencetak label cakera (model yang disokong sahaja)

  • Mencetak kod QR yang dicipta

  • Mencetak foto yang menunjukkan tarikh dan masa tangkapan

Perhatian:

Untuk menggunakan aplikasi ini, pemacu pencetak untuk pencetak ini perlu dipasang.

Bermula pada Windows
  • Windows 10

    Klik butang mula dan kemudian, pilih Epson Software > Epson Photo+.

  • Windows 8.1/Windows 8

    Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.

  • Windows 7

    Klik butang mula dan pilih Semua Program atau Program > Epson Software > Epson Photo+.

Bermula pada Mac OS

Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software > Epson Photo+.