/ Menyelesaikan Masalah / Apabila Tidak Boleh Membuat Tetapan Rangkaian / Tidak Dapat Menyambung daripada Peranti Walaupun Tetapan Rangkaian Tiada Masalah

Tidak Dapat Menyambung daripada Peranti Walaupun Tetapan Rangkaian Tiada Masalah

Jika anda tidak dapat menyambung daripada komputer atau peranti pintar ke pencetak walaupun laporan sambungan rangkaian tidak menunjukkan sebarang masalah, lihat yang berikut.

  • Apabila anda menggunakan berbilang penghala wayarles pada masa yang sama, anda mungkin tidak dapat menggunakan pencetak daripada komputer atau peranti pintar bergantung kepada tetapan penghala wayarles. Sambungkan komputer atau peranti pintar ke penghala wayarles yang sama dengan pencetak.

    Nyahdayakan fungsi penambatan pada peranti pintar jika fungsi ini didayakan.

  • Anda mungkin tidak dapat menyambung ke penghala wayarles apabila penghala wayarles mempunyai beberapa SSID dan peranti disambungkan ke SSID lain pada penghala wayarles yang sama. Sambungkan komputer atau peranti pintar ke SSID yang sama dengan pencetak.

  • Penghala wayarles yang mematuhi IEEE 802.11a dan IEEE 802.11g mempunyai SSID 2.4 GHz dan 5 GHz. Jika anda menyambungkan komputer atau peranti pintar ke SSID 5 GHz, anda tidak boleh menyambung ke pencetak kerana pencetak hanya menyokong komunikasi melalui 2.4 GHz. Sambungkan komputer atau peranti pintar ke SSID yang sama dengan pencetak.

  • Kebanyakan penghala wayarles mempunyai ciri pemisah privasi yang menyekat komunikasi antara peranti yang tersambung. Jika anda tidak dapat berkomunikasi antara pencetak dan komputer atau peranti pintar walaupun peranti disambungkan ke rangkaian yang sama, nyahdayakan pemisah privasi pada penghala wayarles. Lihat manual yang disertakan dengan penghala wayarles untuk butiran.