/ Tetapan Rangkaian / Menyambung ke Peranti Pintar / Menyambung ke Peranti Android Menggunakan Wi-Fi Direct

Menyambung ke Peranti Android Menggunakan Wi-Fi Direct

Kaedah ini membolehkan anda menyambungkan pencetak secara terus ke peranti Android anda tanpa penghala wayarles. Syarat-syarat berikut diperlukan untuk menggunakan fungsi ini.

  • Android 4.4 atau lebih tinggi

  • Epson iPrint versi 7.0 atau lebih tinggi

Epson iPrint digunakan untuk mencetak daripada peranti pintar. Pasang Epson iPrint pada peranti pintar terlebih dahulu.

Perhatian:

Anda hanya perlu membuat tetapan ini sekali untuk pencetak dan peranti pintar yang anda mahu sambung. Anda tidak perlu membuat tetapan ini sekali lagi kecuali anda menyahdayakan Wi-Fi Direct atau memulihkan tetapan rangkaian kepada lalainya.

  1. Pilih Telefon pintar sambung pada skrin laman utama.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  2. Pilih Mulakan Persediaan.

  3. Pilih Android.

  4. Pada peranti pintar, mulakan Epson iPrint.

  5. Pada skrin Epson iPrint, ketik Printer is not selected..

  6. Pada skrin Epson iPrint, pilih pencetak yang anda mahu sambung.

    Lihat maklumat yang dipaparkan pada panel kawalan pencetak untuk memilih pencetak.

    Perhatian:

    Pencetak mungkin tidak dipaparkan bergantung pada peranti Android. Jika pencetak tidak dipaparkan, sambung dengan memilih Peranti OS Lain. Lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah untuk menyambung.

  7. Apabila skrin kelulusan sambungan peranti dipaparkan, pilih Luluskan.

  8. Pada panel kawalan pencetak, pilih Selesai.

Untuk peranti pintar yang pernah disambungkan ke pencetak sebelum ini, pilih nama rangkaian (SSID) pada skrin Wi-Fi peranti pintar untuk menyambungkannya sekali lagi.