Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Anda boleh menghantar imej yang diimbas kepada perkhidmatan awan.Sebelum menggunakan ciri ini, buat tetapan menggunakan Epson Connect.Lihat laman web portal Epson Connect berikut untuk maklumat lanjut.
http://www.epsonconnect.eu (Eropah sahaja)
Anda tidak boleh menyimpan berbilang dokumen asal sebagai satu fail PDF apabila mengimbas daripada panel kawalan.Menggunakan Epson Scan 2 dan menetapkan Tambah atau edit slps imbas pada Mod Dokumen, anda boleh mengimbas dokumen asal tambahan selepas anda mengimbas dokumen asal dan kemudian menyimpannya sebagai satu fail.
Pastikan anda telah membuat tetapan menggunakan Epson Connect.
Letakkan dokumen asal.
Pilih Imbasan pada skrin utama.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.

Pilih Awan.
Pilih
di bahagian atas skrin dan kemudian pilih destinasi.
Tetapkan item pada tab Imbasan seperti format simpanan.
Pilih tab Tetapan Lanjutan dan kemudian semak tetapan dan ubah jika perlu.
Pilih tab Imbasan dan tekan butang
.
Warna, saiz dan sempadan imej yang diimbas tidak akan benar-benar sama seperti dokumen.