/ Pilihan Menu untuk Tetapan / Pilihan Menu untuk Tetapan Pencetak

Pilihan Menu untuk Tetapan Pencetak

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak

Tetapan Sumber Kertas:
Persediaan Kertas:

Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas. Anda boleh membuat Tetapan Kertas Kegemaran dalam saiz kertas dan jenis kertas. Pilih untuk kembali kepada tetapan terakhir yang anda buat.

Konfigurasi Kertas:

Pilih Hdp untuk memaparkan skrin tetapan kertas secara automatik dengan merujuk Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Sumber Kertas > Persediaan Kertas semasa kertas dimuatkan dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.

Mod Senyap:

Pilih Hdp untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak.

Masa Kering Dakwat:

Pilih masa pengeringan dakwat yang ingin digunakan semasa melakukan cetakan 2 muka. Pencetak mencetak bahagian lain selepas mencetak pada satu bahagian. Jika cetakan anda comot, tingkatkan tetapan masa.

Kosongkan Semua Tetapan

Menetapkan semula Tetapan Pencetak kepada lalai.