Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan> Tetapan Asas
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pemasa Matikan Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsmbngkn
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas 30 minit apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.